Patuh SOP atau lupakan STL - Utusan Malaysia

Patuh SOP atau lupakan STL

EMAIN Kelantan Warriors melakukan ujian swab Covid-19 bagi mematuhi syarat ditetapkan oleh PSM untuk menyertai Liga Sepak Sepak Takraw Kebangsaan 2020. – IHSAN KELANTAN WARRIORS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak akan membenarkan mana-mana pasukan beraksi dalam Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tindakan itu perlu dilaksanakan bagi membendung penularan Co­vid-19 dalam kalangan pemain kerana bimbang akan menjejaskan kelancaran kejohanan.

Naib Presiden 1 PSM, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, antara peraturan yang ditetapkan termasuk setiap pemain serta pegawai pasukan perlu melakukan ujian calitan (swab).

Katanya, setiap pasukan perlu menghantar keputusan ujian dua minggu sebelum pertandi­ngan bermula atau tindakan akan dikenakan kepada pasukan yang gagal.

“Mereka yang gagal menghantar keputusan ujian tidak akan dibenarkan beraksi.

“Pasukan bertanding juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerana kami bimbang berlaku jangkitan yang akan menjejaskan sukan ini serta PSM secara keseluruhan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Di sebalik Covid-19 yang me­landa dunia, PSM tetap menganjurkan STL 2020 bermula 18 September hingga 22 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya