Lima pemain Kuching FA mulai pulih Covid-19 - Utusan Malaysia

Lima pemain Kuching FA mulai pulih Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesemua lima pemain Kuching FA yang didapati positif Covid-19 berpunca daripada kluster Sentosa sudahpun berada dalam stabil dan mulai pulih.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan pasukan yang berpangkalan di Sarawak itu sehingga memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kuching bagi mengadakan perlawanan persahabatan.

“Buat masa ini, keputusan untuk kelima-lima pemain sudah negatif dan mereka sudah dipindahkan dari hospital ke Kompleks Belia dan Sukan di Kuching, Sarawak.

“Pihak hospital akan membuat pemantauan dari sana dan mereka akan dikuarantinkan selama 14 hari.

“Bagi pegawai dan pemain lain, kesemuanya didapati negatif untuk swab test (ujian calitan) yang pertama dan ujian kedua akan dibuat esok sehingga Khamis depan di mana kesemua mereka akan tamat kuarantin 7 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Kuching mengharungi detik cemas apabila lima pemain mereka didapati postif Covid-19, sekali gus menimbulkan persoalan berhubung kedudukannya dalam saingan Liga Malaysia.

Sementara itu, Ab. Ghani mengingatkan supaya kesemua pasukan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan MFL ketika beraksi, selain mematuhi arahan KKM ketika berada di luar venue dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Nasihat saya, semua pasukan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan baik ketika menjalani sesi latihan atau bermain sukan kontak fizikal.

“Tidak dilupakan juga SOP KKM dengan mengamalkan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal di mana kita semua tidak boleh alpa atau leka kerana pemain serta pegawai sekarang adalah barisan hadapan untuk Liga Malaysia. Ayuh kita lawan Covid-19,” Katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.