Xavi bebas Covid-19 - Utusan Malaysia

Xavi bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Bekas bintang Barcelona, Xavi Hernandez semalam mengesahkan dia sudah sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan kembali menyambung tugasnya selaku ketua jurulatih kelab Qatar, Al-Sadd.

“Terima kasih kerana mesej yang saya terima ketika ini.

“Saya mahu berkongsi bersama anda bahawa saya sudah sembuh dan kembali bersama keluarga dan pasukan Al-Sadd,”katanya dalam Instagram sambil memuat naik gambar bersama anak perempuannya.

Xavi, 40, Sabtu lalu mengumumkan dia diuji positif selepas ujian rutin terhadap pemain dan staf kelab utama Qatar itu.

Empat peratus daripada 2.75 juta rakyat Qatar dijangkiti Covid-19, yang mana 110,153 kes dilaporkan sejak permulaan pandemik.

Bagaimanapun, negara yang kaya dengan minyak itu hanya mencatat 169 kematian, antara negara paling rendah kadar kematian selain 106,849 orang sembuh daripada jangkitan Covid-19 menurut statistik rasmi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya