Tolong undi Luqman Hakim, No. 32 - Utusan Malaysia

Tolong undi Luqman Hakim, No. 32

LUQMAN Hakim Shamsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kempen untuk memastikan penyerang remaja sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin memenangi anugerah Anugerah Golden Boy 2020 kini giat dijalankan oleh peminat bola sepak tanah air dalam media sosial.

Sejak semalam, kempen agar orang ramai mengundi Luqman yang tersenarai dalam 80 calon Anugerah Golden Boy berlegar dalam internet dan aplikasi WhatsApp.

Penyerang berusia 18 tahun itu yang turut tersenarai dalam 60 pemain muda terbaik dunia pilihan The Guardian bakal bersaing dengan bintang handalan Eropah seperti pasangan Borussia Dortmund, Jadon Sancho (England) dan Erling Haaland (Belanda), Mason Greenwood (England, Manchester United) dan Ansu Fati (Sepanyol, Barcelona) dalam Anugerah Golden Boy.

“Tolong undi pemain No. 32, Luqman Hakim. Pemain kelahiran Kota Bharu yang menuju ke Belgium kini tersenarai dalam 80 calon Anugerah Golden Boy 2020.

“Pemain yang berlatih di tepi longkang, tiada padang latihan tertutup, berlari di atas rumput lembu kini sebaris pemain muda terbaik dunia,” antara kempen yang berlegar dalam media sosial.

Undi Luqman Hakim di sini: https://m.tuttosport.com/sondaggi/calcio/golden-boy/2020/07/14-71771469/vota_il_golden_boy_2020_le_80_nomination/?fbclid=IwAR371MhouFvoZZnVkMvGidIn5aQ9pUC5gW8oprX-a8RsXNVoUzBqIUxIujE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya