fbpx

Thiago makin hampir ke Anfield?

THIAGO ALCANTARA
  • Oleh Media Mulia
  • 31 Julai 2020, 11:36 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengerusi Bayern Munich Karl-Heinz Rummenigge hari ini mengesahkan Thiago Alcantara tidak akan menandatangani kontrak baharu bersama mereka, sekali gus menguatkan khabar dia akan menyertai Liverpool.

Bintang tengah Sepanyol itu menyertai Bayern dari Barcelona pada 2013 dan memiliki baki kontrak setahun daripada perjanjian terkini.

Thiago, 29, dikaitkan dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Bayern bersetuju melepaskannya selepas pengarah sukan kelab, Hasan Salihamidzic gagal meyakinkan pemain itu.

“Perbualan saya dengan Hasan sebenarnya sangat produktif tetapi Thiago kemudian memberitahu Hasan dia ingin mencuba sesuatu yang baharu, jadi begitulah…

“Kami perlu menerimanya. Dia ada baki setahun kontrak bersama Bayern Munich dan jika dia mahu pergi, kelab baharu perlu membayar sejumlah harga.

“Saya tidak mahu komen tentang jumlah (perlu dibayar), namun ia ada dalam fikiran saya. Kita akan bercakap tentang itu mungkin pada musim panas nanti.

“Saya tidak marah, saya suka Thiago. Saya fikir dia pemain bola sepak terhebat dan memiliki sikap yang baik.

“Apa yang saya tidak boleh lupakan, pada usia 29 tahun, dia mahu mencuba sesuatu yang baharu. Dia perlu lakukannya sebab apabila memasuki 30-an, amat sukar untuk melakukan perpindahan,” kata Rummenigge kepada Sky Sports.- AGENSI

Dikemaskini pada

BERITA BERKAITAN