Salah tidak kekal bersama Liverpool? - Utusan Malaysia

Salah tidak kekal bersama Liverpool?

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Kekal atau berhijrah semuanya atas pilihan bintang Liverpool, Mohamed Salah dan pengendali The Reds, Jurgen Klopp turut mengakui tidak tahu tentang masa depan pemain itu bersama pasukan.

Malah, sebulan sebelum itu, pemain Mesir itu turut bercakap perkara yang sama.

Ketika meraikan kejayaan menjulang gelaran sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Chelsea di Anfield Rabu lalu, Salah telah ditanya mengenai masa depannya bersama The Reds.

“Saya hanya mahu meraikan kejayaan hari ini, gembira melaluinya.

“Tiada siapa tahu mengenai masa depan dan apa yang akan terjadi, tunggu dan lihat sahaja. Tapi ketika ini, kami menang Liga Juara-Juara, kami menang liga dan saya sangat gembira memiliki trofi itu,” katanya kepada LA FM Columbia.

Sepanjang bersama Liverpool sejak 2017 dari AS Roma, Salah telah meledak 94 gol dalam 151 penampilan.

Soalan sama turut ditanya kepada Klopp mengenai masa depan Salah di kelab itu pada Februari lalu dan jawapan sama dengan berkata, dia gembira jika penyerang itu terus kekal tetapi dia tidak pasti apa keputusan Salah.

“Saya mahu dia kekal (di Liverpool) adakah anda dengar sesuatu berbeza? Bagaimana anda melihat keinginan untuk terus kekal di Liverpool?. Secara jujur bagi saya dia sudah benar-benar serasi,” ujarnya – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya