Ramos ajak McGregor ke tempat latihan Madrid - Utusan Malaysia

Ramos ajak McGregor ke tempat latihan Madrid

GELAGAT Sergio Ramos yang dimuat naik dalam Twitter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sergio Ramos telah mengajak ikon Kejohanan Pertarungan Terunggul (UFC), Conor McGregor ke tempat latihan Real Madrid selepas terpegun dengan rakaman media sosial petinju itu yang mempamerkan kemahiran bola sepaknya.

Terdahulu, pertahanan Madrid itu menjadi tumpuan peminat McGregor apabila memuat naik video di laman sosialnya dengan menggayakan ‘trademark’ petinju Ireland tersebut selepas menjaringkan gol dalam sesi latihan.

Kedua-duanya akrab di dalam laman sosial, dengan McGregor bertanya kepada Ramos tentang kualiti sepakannya di Instagram.

“Hebat kawanku! Mahu sertai kami dalam sesi latihan Real Madrid? Anda dialu-alukan untuk datang pada bila-bila masa,” soal Ramos.

McGregor kemudian menerima jemputan itu dengan berkata: “Saudaraku terima kasih. Jika selepas ini sayang ke Madrid, saya akan beri tahu”.

Petinju berusia 32 tahun itu, yang terkenal selepas bertarung dengan Floyd Mayweather pada 2017, sebelum ini mengakui meminati Manchester United dan merupakan penyokong tegar Roy Keane.

“Saya lebih kepada pemain berbanding penonton, namun pasukan saya Manchester United,” kata McGregor ketika sesi soal jawab bersama Fifa.com pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya