Piala AFF ditunda ke tahun depan - Utusan Malaysia

Piala AFF ditunda ke tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MKUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya kini boleh memberi tumpuan penuh kepada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas Piala AFF yang dijadualkan hujung tahun ini ditunda ke tahun depan.

Keputusan itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini selepas mengambil kira pandangan negara bertanding yang kini sedang berdepan pandemik Covid-19.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan AFF yang diadakan secara dalam talian itu, Presiden AFF, Khiev Sameth membincangkan secara mendalam mengenai kejohanan yang dianggap Piala Dunia Asia Tenggara.

Berdasarkan penilaian, jawatankuasa itu percaya situasi Covid-19 tidak akan pulih sehingga hujung tahun.

Penundaan itu pasti memberi kelegaan buat skuad kebangsaan yang akan terlibat dengan saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jadual Malaysia dijangka sibuk bermula dengan aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober, sebelum menerima kunjungan Vietnam di Bukit Jalil pada 13 Oktober.

Harimau Malaya juga akan mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan ranking 147, Kuwait pada November dan menentang Thailand di Bangkok, 17 November.

Skuad negara kini berada di tangga kedua kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia dengan sembilan mata, dua mata di belakang Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya