Penganjuran WCW2020 kekal nama sama - Utusan Malaysia

Penganjuran WCW2020 kekal nama sama

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hadir majlis pelancaran laman woodball di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di Kangar, Perlis hari ini. UTUSAN/MOHD HAFIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kejohanan Woodball Piala Dunia ke-9 2020 (WCWC2020) kekal dengan nama sama meskipun penganjurannya dilangsungkan, tahun hadapan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) pada 6 Julai lalu.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan pada 18 Mac lalu, hampir semua kegiatan sukan terhenti seketika. Kini telah dilonggarkan sekali gus membolehkan beberapa sukan kembali dilaksanakan.

“Saya berharap sukan woodball akan kembali secepat mungkin bagi meneruskan momentum yang telah terhenti sejak PKP,” titah baginda selepas melancarkan laman woodball di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Laman woodball tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang merupakan satu-satunya di dunia yang boleh diguna pakai bagi kejohanan woodball pada waktu malam.

Sementara itu. Tuanku Syed Faizuddin yang juga Penaung Diraja PWNPs bertitah, menerusi penaiktarafan laman ini, Perlis bakal mempunyai sembilan laman woodball, termasuk dua yang sedang dibina di Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Sementara itu, Presiden PWNPs Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Kamarudin Hussin berkata, kejohanan tersebut akan berlangsung pada 24 hingga 30 Julai 2021.

“Persediaan ke arah kejohanan ini sedang giat dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan kejohanan ini berjalan dengan lancar, meskipun ketika ini negara sedang berhadapan dengan wabak pandemik Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya