Lallana kini milik Brighton - Utusan Malaysia

Lallana kini milik Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Brighton mengumumkan Adam Lallana sudah menandatangani kontrak sebagai pemain mereka.

Lallana, 32, berpisah dengan Liverpool minggu ini, sejurus selepas pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah England itu kelihatan cukup emosi dalam temu bual terakhir bersama Reds, begitu juga pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika memberi ucapan.

Pengurus Brighton, Graham Potter berkata, kehadiran Lallana menggembirakan kelab dan pemain itu akan bersama mereka untuk tiga musim.

“Brighton & Hove Albion sudah melengkapkan perpindahan Adam Lallana dari juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

“Pemain berusia 32 tahun itu pernah memenangi Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab dan Piala Super Eropah bersama Liverpool.

“Dia memiliki 34 cap bersama skuad England,” kata Brighton dalam satu kenyataan hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya