Klopp Pengurus Terbaik LMA - Utusan Malaysia

Klopp Pengurus Terbaik LMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan anugerah Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga (LMA) yang dimenanginya awal pagi tadi sebagai satu penghormatan.

Klopp membimbing Liverpool menjuarai Liga perdana Inggeris selepas 30 tahun mennunggu dengan kelebihan 18 mata di depan pencabar rapat, Manchester City.

“Saya sangat gembira dinobat sebagai pemenang anugerah Pengurus Tahunan Terbaik LMA untuk Piala Sir Alex Ferguson, seseorang yang saya kagumi.

“Rasanya sangat istimewa kerana memenangi anugerah ini menerusi undian rakan-rakan sejawatan.

“Satu penghormatan untuk berada dalam kalangan pengurus yang telah dinamakan dalam anugerah Pengurus Tahunan Terbaik sebelum ini.

“Sudah tentu termasuk pengurus Liverpool seperti Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Sir Kenny Dalglish dan Brendan Rodgers.

“Semua yang kami kecapi di Liverpool tahun ini tidak akan dapat dilakukan tanpa input luar biasa daripada staf kejurulatihan saya, mereka menjadikan sebilangan kita memiliki pemikiran bola sepak yang sangat istimewa.

“Saya suka bekerjasama dengan jurulatih, pemain dan semua orang di Liverpool dan tentu saja, saya berterima kasih kepada penyokong Liverpool di seluruh dunia. Anda semua luar biasa,” katanya.

Bekas pengurus Manchester United, Ferguson memuji pengendali berusia 53 tahun dari Jerman itu, dengan mengatakan Klopp telah memahat keperibadiannya di Anfield menerusi kejayaan Liga Juara-Juara tahun lalu sebelum meraih kejayaan lebih tinggi.

“Tahniah Jurgen. Anda telah melaksanakan tugas hebat. Anda semestinya layak untuk meraih anugerah malam ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya