Khabib bakal kembali bertarung - Utusan Malaysia

Khabib bakal kembali bertarung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Khabib Nurmagomedov akan bertarung menentang Justin Gaethje pada 24 Oktober ini, umum Presiden UFC, Dana White hari ini.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi Khabib akan bersara awal selepas bapanya meninggal dunia di usia 57 tahun awal bulan ini.

Gaethje mendapat pertarungan menentang Khabib selepas mengatasi Tony Ferguson dalam saingan UFC 249.

White berkata, petinju kelahiran Amerika Syarikat itu akan menjadi lawan seterusnya buat Khabib apabila dia kembali ke Oktagon dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Ia akan berlaku, ini maklumat kepada anda sekarang. Pertarungam ini akan berlaku dan Khabib akan bertarung dengan Gaethje pada 24 Oktober,” kata White kepada CNN.

Katanya, bintang seni bela diri campuran (MMA) kelahiran Rusia, Khabib berdepan saat sukar apabila kehilangan bapa, Abdulmanap akibat komplikasi berikutan jangkitan Covid-19.

“Keadaan amat buat Khabib. Dia mengangkat bapanya sebagai wira, hubungan mereka sangat rapat,” kata White.

Khabib yang memenangi kesemua 28 pertarungan profesional berjaya menumpaskan Dustin Poirier dalam saingan UFC 242, September lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.