Jangan seronok sangat - Lampard - Utusan Malaysia

Jangan seronok sangat – Lampard

MASON Mount (tengah) cuba melepasi dua pemain Wolverhampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu pemainnya berpijak di bumi nyata dan tidak terlalu berseronok atas kejayaan meraih slot terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan.

Jaringan Mason Mount pada minit ke-46, diikuti Olivier Giroud, tiga minit kemudian membolehkan Blues menumpaskan Wolverhampton 2-0 dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge hari ini, sekali gus menutup kempen di tangga keempat.

Lampard mencapai sasaran peribadinya iaitu layak ke Liga Juara-Juara, namun dia mahu pasukan mula memikirkan sesuatu yang lebih besar musim depan.

Selain itu, dia juga mahu kelab London tersebut kekal fokus untuk memburu kejuaraan Piala FA apabila menentang musuh sebandar, Arsenal dalam final di Stadium Wembley, 1 Ogos ini.

“Jaringan Mason sangat berkualiti dan Giroud seperti biasa, berada dalam kelas tersendiri.

“Ia kejayaan yang hebat buat saya tetapi di Chelsea, kami tidak boleh terlalu seronok hanya dengan menduduki tangga empat terbaik.

“Kalau ini kali pertama (layak ke Liga Juara-Juara) ia mungkin bagus tetapi kami pernah menjadi juara liga.

“Apa pun, perkara positif yang menjadikan musim ini menarik, kami menampilkan ramai pemain muda berbakat,” kata Lampard kepada Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya