Coutinho mahu kembali ke England - Utusan Malaysia

Coutinho mahu kembali ke England

PHILIPPE Coutinho
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Philippe Coutinho mengintai peluang kembali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), namun bukan ke pangkuan bekas kelab kesayangannya, Liverpool.

Ejen bintang tengah Brazil itu, Kia Joorabchian mengesahkan, Coutinho mungkin me­nyertai kelab London, Arsenal atau Tottenham.

“Memandangkan Liga Juara-Juara masih berlangsung sehingga 23 Ogos, sukar buat Coutinho membuat komitmen baharu atau berpindah sehingga tarikh itu tiba.

“Selepas tamat saingan Eropah, ia bukan lagi rahsia dia mahu kembali ke Liga Perdana. Dia gembira di England dan dipuja ketika di sana. EPL adalah keutamaannya,” kata Joorabchian kepada TalkSPORT.

Laporan sebelum ini me­ngatakan pemain Barcelona itu makin hampir menandatangani salah satu daripada kelab Ing­geris iaitu Arsenal, Leicester City atau Tottenham pada musim panas ini.

“Terdapat minat terhadap Philippe kerana dia seorang pemain yang hebat.

“Kami menunggu sehingga musim tamat sebelum memulakan rundingan,” kata Joorabchian.

Perancang tengah berusia 28 tahun itu mencipta nama di England ketika menyarung jersi Liverpool dari 2013 hingga 2018.

Kariernya agak tenggelam selepas berhijrah ke Barcelona pada 2018, sebelum dipinjamkan kepada kelab Jerman, ­Bayern tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya