Caerus cadang anjur kejohanan 12 pusingan rebut Piala Caerus - Utusan Malaysia

Caerus cadang anjur kejohanan 12 pusingan rebut Piala Caerus

golf
SUHAIZARD BLACK (kiri) menerima hadiah juara kategori Overall di IOI Palm Garden Golf Resort, Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAERUS – sebuah syarikat pengeluar pakaian sukan bercadang menganjurkan kejohanan golf merebut Piala Caerus (Caerus Cup) pada tahun depan atau sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif Acara Antrabangsa Caerus, Tengku Izarul Tengku Izhar berkata, sambutan menggalakkan daripada peserta dalam setiap kejohanan golf yang dianjurkannya sebelum ini memberi semangat kepada Caerus untuk menganjurkan kejohanan lebih besar.

Katanya, pihak Caerus bercadang menganjurkan kejohanan Piala Caerus (Caerus Cup) yang merangkumi 12 pusingan kesemuanya termasuk pusingan Grand Final.

Semua kejohanan ini akan berlangsung di kelab-kelab golf terpilih dalam negara ini, manakala untuk Grand Final nanti kita belum tentukan lokasinya.

Kita berharap para peserta yang menyertai kejohanan Caerus X Bridgestone – Fight Covid-19 Get Together Golf 2020 hari ini akan terus memberi sokongan dan ajak kawan-kawan untuk menyertai kejohanan Piala Caerus nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan Caerus X Bridgestone – Fight Covid-19 Get Together Golf 2020 yang berlangsung di IOI Palm Garden Golf Resort, Putrajaya, semalam.

Seramai 128 peserta termasuk jemputan memeriahkan kejohanan itu yang dimenangi oleh Suhaizard Black (kategori Overall), Azmi Mahmud (Gross), Abang Z (Medal A) dan Wira Andika (Medal B).

Sejak PKP diperkenalkan pada 16 Mac lalu, inilah kejohanan pertama dianjurkan Caerus dengan kerjasama Bridgestone sebagai penaja utama kejohanan dan Hydro Coco, selepas kerajaan melonggarkan pergerakan bersyarat kepada orang ramai terutama dalam sukan golf.

Dalam kejohanan yang sama, Tengku Izarul berkata, pihak Caerus juga turut mengadakan beberapa program amal seperti Longest Drive dan Bull Eyes bagi membantu mengutip derma untuk disumbangkan kepada dua pertubuhan yayasan amal iaitu Kelab Rotary Klang dan Madrasah Ulul Al Umum Al Fukani, Puchong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya