Aidil ikat perut jimat cermat - Utusan Malaysia

Aidil ikat perut jimat cermat

AIDIL Sharin Sahak (kiri) sentiasa memberi semangat kepada pemain Lang Merah bagi menghadapi situasi sukar. – Ihsan Kedah FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: “Saya beli nasi lemak RM1 untuk makan malam. Itulah cara saya berjimat cermat demi pasukan.”

Itu pengakuan Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak ketika ditanya mengenai kehidupan hariannya selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) gagal melunaskan tunggakan gaji lima bulan.

Dalam seminggu, beliau selalu membeli nasi lemak panas di sekitar pasar borong di sini yang berharga RM1.

“Selain menjimatkan kos perbelanjaan saya, ia (nasi lemak) sedap dan menjadi ke­gemaran ramai orang tempatan,” katanya semalam.

Menurut Aidil lagi, beliau terkesan dengan tunggakan gaji memandangkan kos perbelanjaan keluarganya di Singapura tiga kali ganda berbanding di negeri ini.

Pada masa sama, beliau bersimpati dengan beberapa pemain.

Beliau turut membantu meminjamkan wang perbelanjaan mereka untuk menghadiri latihan dan mengamalkan pemakanan sihat.

“Saya sanggup melakukan pengorbanan itu demi memastikan moral anak-anak buah saya tidak jatuh,” katanya.

Dalam pada itu, Aidil Sharin terharu apabila masih me­nerima kata-kata semangat, terutama daripada keluarganya di Singapura yang mendoakan dia tabah dan tidak berputus asa.

“Penyokong Kedah juga sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk saya dan pasukan setiap hari tanpa jemu,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang anggota skuad Lang Merah mendedahkan, penyokong dan jurulatih, Aidil Sharin adalah semangat serta kekuatan mereka
untuk terus berlatih.

Individu yang enggan na­manya didedahkan itu mendakwa, ada pemain mula memikirkan untuk meninggalkan Lang Merah kerana sudah lima bulan tidak menerima gaji.

Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut esok juga tidak lagi meriah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya