'Makasih Ya', kempen bantu orang susah - Utusan Malaysia

‘Makasih Ya’, kempen bantu orang susah

SEBANYAK 10 peratus hasil jualan martabak akan disumbangkan kepada golongan memerlukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biarpun berdepan waktu sukar, masih ada yang prihatin dengan nasib insan kurang bernasib baik.

Salah satu pihak berhati mulia ialah perniagaan makanan, Restoran Tetangga Kita.

Menerusi kempen ‘Makasih Ya’ pihak restoran akan menyumbangkan 10 peratus daripada hasil jualan martabak kepada golongan yang memerlukan.

Pengasas Restoran Tetangga Kita, Rizky Sati berkata, program itu dibangunkan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch.

Katanya, syarikat sudah lama mahu bekerjasama dengan badan amal kerana terpanggil membantu golongan kurang bernasib baik dalam waktu mencabar ini.

“Kerjasama ini menyaksikan Tetangga Kita menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan kepada The Hope Branch di mana organisasi amal berkenaan ditubuhkan secara khusus bagi membantu keluarga yang terjejas, ibu bapa tunggal, orang kurang upaya (OKU), komuniti terpinggir dan golongan B40 menghadapi cabaran sepanjang tempoh pandemik ini.

“Tujuan utama kami adalah memberi manfaat kepada mereka yang dalam kesusahan khususnya berkaitan Covid-19 selain membantu mereka yang berada di kawasan terjejas.

“Ini adalah salah satu cara kami menghargai kesetiaan para pelanggan yang menyokong dalam apa jua situasi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

The Hope Branch adalah sebuah badan amal diasaskan oleh selebriti, Harith Iskander dan isteri, Dr. Jezamine Lim.

 

RIZKY SATI

FRONTLINER

Menerusi kempen itu, orang ramai boleh membeli martabak edisi khas yang didatangkan dalam kotak tertera kata-kata Makasih Ya Frontliner.

Kempen berlangsung selama tiga bulan bermula Disember lalu.

Kata Rizky, mereka berjaya mencapai hasil jualan yang memberangsangkan walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan kempen ini. Mungkin selepas ini akan ada kolaborasi bersama badan amal lain untuk teruskan misi ini. Semuanya dalam perancangan,” ujarnya.

Restoran dibangunkan Rizky dengan rakan kongsi, Amirah Che Azizuddin. Menu berasaskan sajian Indonesia itu, khusus menawarkan 17 aneka pilihan murtabak.

 

RESTORAN Tetangga Kita beroperasi di dua cawangan iaitu di pusat beli-belah Hartamas dan Paradigm Mall di Selangor.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×