Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19, iaitu pelan pemberian vaksin kepada penduduk negara ini akan dilaksanakan bermula Mac 2021. Secara mudahnya, vaksin mengandungi antigen, yang diperoleh dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Menurut sejarah, vaksin ditemui seawal 1774 bagi mencegah jangkitan cacar. Kemuncak kejayaan…