Diabai ibu bapa, anak menjauhkan diri

Diabai ibu bapa, anak menjauhkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

Soalan
Ayah pernah pukul saya semasa kecil, sejak itu saya mula menjauhkan diri daripadanya. Ibu pula mengabaikan saya sejak sakit. Saya ingin kasih sayang seperti ibu bapa orang lain tetapi mereka banyak menghabiskan masa berdua.

-Anak sedih

 

Jawapan:

Keluarga sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak, namun ia juga boleh menjadi sumber luka apabila berlaku trauma berpunca daripada ibu bapa sendiri. Anak yang sepatutnya mendapat kasih sayang mula terasa hilang arah dan kesunyian walaupun berada dalam rumah sendiri. Berikut beberapa tip untuk anda:

a)Akui perasaan sendiri – Penting untuk anda mengakui perasaan sedih, sunyi, marah atau kecewa. Ia adalah reaksi normal bagi mereka yang melalui pengalaman sukar dalam keluarga. Dengan cara ini, anda dapat memahami emosi dengan lebih sihat tanpa menekannya.

b) Berhenti menyalahkan diri : Ramai anak yang diabaikan berasa tidak cukup baik untuk disayangi, sedangkan pengabaian ibu bapa bukan kerana anda tidak layak, tetapi mungkin berpunca daripada isu yang mereka sendiri hadapi. Memahami ini membantu anda melepaskan rasa bersalah yang tidak perlu dipikul.

c) Tetapkan sempadan emosi : Sempadan emosi penting untuk melindungi diri daripada terus terluka. Anda boleh belajar tidak terlalu membiarkan kata-kata atau tindakan orang lain mengganggu emosi, tanpa perlu menjauhkan diri sepenuhnya.

d) Bina keluarga pilihan : Jika kasih sayang tidak mencukupi daripada keluarga sendiri, anda masih boleh membina sokongan daripada rakan, mentor atau komuniti positif. Mereka boleh menjadi sumber sokongan emosi.

e) Amalkan self-parenting : Belajarlah memberi kasih sayang kepada diri sendiri seperti seorang ibu bapa yang penyayang. Jaga emosi, pujuk diri ketika sedih dan bercakap dengan lembut kepada diri sendiri untuk membantu proses penyembuhan dalaman.

Fokus pembangunan diri Walaupun masa lalu memberi kesan, masa depan masih boleh dibentuk. Fokus kepada pendidikan, kerjaya dan matlamat hidup.

Penyembuhan luka keluarga akan mengambil masa. Walaupun kesunyian itu menyakitkan, ia tidak menentukan masa depan anda.

Teruskan menghargai diri sendiri dan melangkah ke hadapan kerana dirimu lebih berharga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN