Introvert susah bergaul - Utusan Malaysia

Introvert susah bergaul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Saya pelajar baharu di sebuah IPTA dan seorang introvert. Bagaimana cara untuk menyesuaikan diri di tempat baru? Ramai remaja sebaya saya mudah terpengaruh dengan gejala sosial dan kejutan budaya apabila berada di kampus.

-Cik Bunga

 

JAWAPAN

Introvert adalah sikap individu yang fokus pada diri dalam soal pemikiran, perasaan dan tingkah laku berbanding dengan kehidupan luar. Lebih selesa berdiam diri daripada berkongsi. Menyesuaikan diri di tempat baharu bukan suatu yang mudah dan menjadi cabaran besar untuk individu introvert.

Tambahan pula dengan gejala sosial dan kejutan budaya yang sering berlaku di IPTA sedikit sebanyak memberi kegusaran di hati saudari.

Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang mungkin boleh membantu saudari menghadapinya:

a)Kenali diri – Fahami kekuatan dan kelemahan diri sebagai seorang introvert. Ambil masa untuk berehat dan recharge semula selepas berinteraksi dengan orang lain.

b)Pengurusan masa – Luangkan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Tetapkan jadual yang seimbang antara masa belajar, bersosial, dan diri sendiri. Ini penting untuk memastikan anda selasa dengan persekitaran baharu.

c)Pendekatan ‘beransur-ansur’ – Jika merasa cemas dalam persekitaran baharu, ambil langkah kecil. Anda tidak perlu terlibat dalam semua aktiviti sekali gus. Mulakan dengan menghadiri satu acara, kemudian perlahan-lahan tingkatkan penglibatan anda.

d)Cari kumpulan sokongan – Manfaatkan peluang dengan mengikuti program-program di kampus. Kenali juga pusat sokongan seperti Unit Kaunseling, Unit Hal ehwal Pelajar dan sebagainya. Ini boleh membantu anda bertemu dengan orang-orang yang betul.

e)Perubahan baharu – Jangan takut melakukan kesilapan semasa mempelajari cara kerja di kampus kerana ia sebahagian daripada proses pembelajaran untuk memasuki alam dewasa. Hadapi dengan tenang dan lakukan yang terbaik.

f)Tetapkan matlamat – Letakkan sasaran tinggi dalam suatu percapaian, membantu anda lebih fokus mencapai impian. Dalam masa sama anda tidak mudah tersesat dan terpengaruh dengan gejala sosial yang mungkin berlaku di persekitaran.

g)Elakkan pengaruh negatif – Jauhi rakan sebaya yang terlibat dengan gejala sosial.

Cari rakan yang lebih positif dan menyokong Jaga kesihatan diri – Pastikan anda menjaga kesihatan mental dan fizikal. Amalkan gaya hidup sihat dengan tidur secukupnya, pemakanan yang baik dan bersenam.

 

Lakukan perlahan-lahan, berikan diri anda ruang yang cukup untuk menyesuaikan diri ke arah lebih baik tanpa perlu mengubah siapa diri anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN