Sukarnya berdamai dengan kenangan

Sukarnya berdamai dengan kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
BILA teringat pengalaman lalu yang menyakitkan hati, saya mudah melenting dan susah bertenang. Dada
mula rasa sesak dan hati saya juga terasa tidak tenang, apa yang perlu saya lakukan?
-SYA, KUALA LIPIS

JAWAPAN
Setiap orang pasti pernah mengalami cabaran yang sukar dalam hidup. Ada yang pernah putus cinta, kematian orang tersayang, dicurangi pasangan, dikhianti oleh orang dan apa sahaja situasi yang memberi kesan mendalam pada individu tersebut sehingga mengganggu kehidupan harian mereka.

Kesukaran berdamai dengan masa lalu yang menyakitkan jelas menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai cara penerimaan yang berbeza semasa menghadapi ujian.

Jika kesakitan ini tidak diselesaikan dengan baik, maka pelbagai emosi akan muncul sekaligus menyebabkan kehidupan anda terus terganggu.

Saya kongsikan beberapa cara untuk berdamai dengan masa lalu yang menyakitkan:

a) Kenalpasti – Mengenal pasti kisah silam yang sangat menganggu anda. Apakah punca yang menyebabkan anda belum melupakan kisah silam itu sehingga terus menerus melukai hati anda.

b) Sesuaikan diri – Bukan semua orang dapat menerima keperitan hidup dengan mudah. Berikan ruang dan masa untuk diri anda secara perlahan-lahankan berdamai dengan kisah silam tersebut. Ambillah berapa masa yang anda diperlukan cuma jangan lama-lama sangat khuatir akan bertukar menjadi dendam yang akan memakan diri.

c) Berlapang dada – Setiap orang tidak akan terlepas daripada mengalami ujian dalam hidup. Belajar untuk menerima takdir dalam kehidupan anda dengan hati tenang. Yakin bahawa semua orang pasti diuji, terimalah dengan terbuka.

d) Maafkan mereka yang melukakan anda – Memaafkan bukan bererti anda harus melupakan tapi dengan memaafkan sedikit sebanyak dapat membantu hati anda lebih tenang. Jika anda dapat melupakan, itu adalah yang terbaik.

e) Elakkan dari berfikir negatif – Ada perkara yang boleh dikawal dan ada perkara yang tidak boleh dikawal. Jadi elakkan daripada berfikiran negatif terhadap benda yang anda tidak boleh mengawal
dan beri fokus kepada apa yang anda boleh kawal. Tiada siapa yang boleh menggembirakan anda selain daripada diri anda sendiri.

e) Mendapat bantuan – Cari sokongan daripada orang terdekat yang memahami situasi anda. Boleh juga mendapatkan sokongan dari pakar seperti kaunselor.

f) Mengamalkan gaya hidup sihat – Belajar untuk lebih menghargai diri sendiri. Sibukkan diri dengan aktiviti agar secara langsung dapat membantu anda fokus kepada perkara yang menyeronokkan anda. Berkumpul dengan orang-orang yang bersikap positif dan suka menambah ilmu baru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×