Kuota hanya sekat kebolehan wanita - Utusan Malaysia

Kuota hanya sekat kebolehan wanita

Pelajar yang memohon menukar kursus pengajian selepas mereka tidak mampu mengikuti kursus yang terlalu teknikal. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“PEREMPUAN kena pandai sebab mereka perlu bersaing masuk U. Lelaki senang sikit, ada beberapa A pun sudah boleh diterima masuk ke kursus ini,” kata seorang teman.

Situasi itu turut saya alami sewaktu mahu masukkan anak perempuan ke sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Walaupun tidak tertulis jumlah pelajar lelaki dan wanita untuk sesuatu bidang itu, tetapi had pengambilan memang ada.

Sewaktu saya belajar di IPT dulu, daripada 25 perempuan, seorang sahaja lelaki yang mengambil jurusan kewartawanan.

Itu cerita lebih 20 tahun lalu, malangnya kisah ini masih berlaku hingga kini. Adakah anak muda kita tidak gemar dengan proses ini – sekolah, belajar dan kerja? Gemar hidup dalam dunia sendiri atau kurang gemar berada di bangku seorang bergelar pelajar?

Baru-baru ini saya terbaca kisah wanita yang mahu pulangkan suami kepada keluarganya sebab hanya dia yang menanggung famili. Dulu orang selalu cakap kalau tidak mampu jaga isteri pulangkan kepada keluarganya secara baik. Sekarang nampaknya sudah terbalik.

Lawak pula bunyinya tetapi lawak ini tidak seharusnya berlaku sebab ia menyentuh mengenai tanggungjawab.

Saya kira segelintir lelaki bersikap sedemikian sebab asuhan daripada kecil yang membezakan peranan dan tanggungjawab mengikut jantina antara anak lelaki dan perempuan.

Lihat sahaja kerja rumah yang selalu kita serahkan kepada anak perempuan. Anak lelaki senang lenang boleh main game dalam bilik. ‘Tak kan anak lelaki nak buat kerja rumah’.

Perkataan ‘tak kan’ itu bagaikan memberikan kebenaran boleh buat semahu hatinya sebab dia lelaki.

Tanpa tanggungjawab, mereka akan membesar sebagai insan yang memikirkan hidup ini tidak punyai masalah atau masalah diserahkan pada orang lain.

Isu berhubung persaingan antara lelaki dan perempuan ini bukan isu baharu tetapi seolah-olah tiada sesiapapun yang ingin memperjuangkannya.

Kalau isunya pelajar perempuan mampu skor lebih banyak A, carilah solusi dan pendekatan bersesuaian supaya pelajar lelaki juga boleh skor A.

Yang dirisaukan adalah jumlah wanita tidak menyertai sektor pekerjaan, kerana tidak menyumbang kepada ekonomi negara.

Wanita ini kalau tidak berkerja makan gaji, mereka bijak mencari sumber pendapatan. Ramai saja kawan-kawan saya memilih bekerja sendiri sebab lebih mudah menguruskan keluarga. Hari ini di hujung jaripun boleh menjana pendapatan.

Kuota hanya akan menyekat kebolehan wanita. Kalau ramai cemerlang, buka saja peluang untuk mereka belajar, tak rugipun andai wanita kita berilmu.

Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya