Setiap kali melangkah pulang dari sekolah, air mata Dr. Reshma Prakash, 34, pasti tumpah. Bukan kerana lelah berjalan jauh, tetapi hatinya terluka dek ejekan, sindiran dan hinaan yang tidak berkesudahan. Segalanya berpunca daripada statusnya sebagai anak yatim dan kehidupan yang serba kekurangan. Lebih memilukan, anak bongsu daripada dua beradik ini tidak pernah menyambut hari lahir dengan memotong kek. Hinggakan di majlis perkahwinannya, upacara itu turut ‘digugurkan’. “Saya sudah lali diejek…










