Sentuhan feminin Japandi

Sentuhan feminin Japandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gaya Japan-Scandinavia (Japandi) semakin menjadi pilihan penggemar dekorasi gaya Jepun yang minimalis.

Ia biasanya mengetengahkan rona kayu, coklat dan putih atau krim untuk memberi efek lebih semula jadi dan tenang.

Namun, sentuhan Japandi bagi kediaman yang satu ini sedikit berbeza kerana menyelitkan rona merah jambu yang membangkitkan kontra seimbang pada keseluruhan ruang.

Rona merah jambu dapat dilihat pada bangku panjang di ruang tamu, aksesori dapur serta hiasan dinding kamar tidur.

Pemilik kediaman, Nurul Ain, 38, berkata, rona merah jambu dan emas yang diselitkan pada beberapa bahagian memberikan sentuhan feminin dan keselesaan dalam ruang peribadi.

“Saya menggunakan padanan warna lembut seperti putih, krim, coklat, kayu muda dan sedikit hitam.

“Saya juga menggunakan sedikit warna merah jambu dan emas agar ruang kelihatan lebih tenang dan nyaman,” katanya kepada Seri.

KONSEP IDAMAN
Mengulas mengenai konsep yang melatari kediaman jenis teres dua tingkat ini, kata Nurul Ain, dia mengambil masa bertahun-bertahun lamanya sebelum dapat merealisasikan impiannya itu.

“Bahagian dapur sahaja, saya mengambil masa lebih setahun untuk menghiasnya.

“Dalam tempoh itu, saya hanya menggunakan dapur elektrik yang kecil dan meja ‘pasar malam’. Saya percaya pada konsep bersabar untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan,” kongsinya yang juga pengasas jenama seketulharithco.

Selain sedap mata memandang, konsep Japandi juga memberi rasa tenang dengan kewujudan elemen-elemen kayu yang membangitkan aura bagaikan berada di alam semula jadi.

Penggunaan elemen kayu pada bahagian dapur dan fluted wall di ruang tamu serta kabinet televisyen berjaya membangkitkan suasana Japandi yang sederhana namun menarik.

Selain itu, pemilihan perabot yang minimalis dan berunsurkan rotan dan kayu menjadikan ruang nampak luas serta tenang.

Keseluruhan ruang juga memberikan suasana tenang dengan susun atur yang minimal dan tidak sarat.

“Bagi saya, setiap individu mempunyai cita rasa peribadi, termasuk dalam menghias rumah. Saya memilih konsep Japandi kerana ia memberi rasa tenang, semula jadi dan luas.

“Terdapat beberapa sudut dalam rumah ini yang menjadi kegemaran saya, antaranya di ruang solat, ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama,” ujarnya.

Begitupun, konsep ini memerlukan penjagaan yang rapi terutama pada perabot dan rekaan yang berwarna putih kerana mudah kelihatan kotor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×