Ibu bapa halang hubungan cinta

Ibu bapa halang hubungan cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan:

Saya ada kekasih, namun hubungan dihalang ibu bapa dengan alasan kekasih tiada masa depan dan mahu saya fokus belajar. Saya selalu dapat dekan dalam pelajaran dan rasakan hubungan ini tiada isu dengan pembelajaran. Mereka tetap halang dan pernah memukul saya kerana masih ingin bersama kekasih.

Remaja Tertekan

Jawapan:

Konflik antara pilihan hati dan restu ibu bapa sering berlaku dalam fasa dewasa muda, terutama apabila wujud perbezaan pandangan tentang masa depan. Walaupun pencapaian akademik yang cemerlang menunjukkan disiplin dan tanggungjawab, ia tidak semestinya menghilangkan kebimbangan ibu bapa.
Namun, jika perbezaan ini disertai kemarahan melampau atau tingkah laku luar batasan, ia perlu diberi perhatian serius kerana boleh menjejaskan emosi dan keselamatan diri. Tip sebagai panduan:

Utamakan keselamatan
Jika perbualan mula menjadi panas atau melibatkan tengkingan dan kekerasan, penting untuk anda menjauhkan diri sementara bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Keselamatan diri perlu menjadi keutamaan.

Kawal reaksi, bukan emosi

Elakkan memberi maklum balas ketika emosi memuncak. Beri ruang untuk bertenang terlebih dahulu sebelum menyampaikan pandangan pada waktu yang sesuai.

Kenal pasti kebimbangan ibu bapa
Fahami secara spesifik apa yang membuatkan ibu bapa tidak yakin terhadap hubungan ini, sama ada dari aspek kewangan, latar belakang atau pengalaman silam mereka.

Berkomunikasi apabila keadaan lebih tenang

Sampaikan pandangan anda dengan nada hormat dan fokus kepada fakta kepada ibubapa seperti prestasi akademik, perancangan masa depan dan keupayaan tanggungjawab.

Tetapkan sempadan
Walaupun menghormati ibu bapa adalah penting, ia tidak bermaksud seseorang perlu menerima kemarahan melampau atau keganasan fizikal.

Dapatkan sokongan
Jika komunikasi masih sukar, libatkan individu yang dipercayai dan dihormati kedua-dua pihak seperti ahli keluarga atau kaunselor.
Fokus perkembangan diri Teruskan menjaga prestasi akademik dan pembangunan diri.

Kesimpulannya, pengurusan konflik yang bijak dapat membantu mengekalkan hubungan sihat serta melindungi kesejahteraan emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN