Pernah tak kita berdiri lama di depan cermin sebelum keluar rumah, bukan sebab tak ada baju tetapi disebabkan kita sedang menilai diri sendiri?
Tahun ini terasa berbeza. Ramai wanita mula sedar satu perkara penting. Kadang-kadang kita lupa hidup ini bukan perlumbaan untuk memuaskan semua orang. Ada masa kita perlu kembali kepada diri sendiri.
Memilih ketenangan, dan belajar menghargai rasa cukup dengan apa yang kita ada dan siapa kita sebenarnya dan kadang-kadang, perubahan itu bermula dengan sesuatu yang nampak kecil. Sehelai baju.
Minggu ini saya jatuh hati dengan koleksi Timeless Syawal ’26 daripada jenama tempatan TA by Tasnim Shah. Koleksi ini bukan jenis yang menjerit meminta perhatian. Ia lebih kepada keanggunan yang tenang seperti wanita yang sudah tahu nilai dirinya.
Dari jauh rekaan Alara Black pun sudah nampak aura mahalnya. Potongan minimal dengan chiffon crinkle lembut yang bergerak ringan setiap kali melangkah. Ada cape halus di bahu yang jatuh cantik, macam bayang-bayang anggun mengikuti setiap langkah.

Ia datang dengan shawl sedondon, fully lined, dengan neckline bulat klasik dan zip di belakang. True to size, senang cerita. Bayangkan ini untuk rumah terbuka atau majlis berbuka formal.
Untuk hijabista Malaysia, gaya Alara ini sebenarnya sangat versatile. Cuba padankan dengan shawl satin hitam lembut yang dililit longgar di bahu. Tambah subtle brooch perak atau pearl pin kecil di bahagian bahu untuk extra drama.
Kasut? Pointed heels hitam atau silver slingback sudah cukup memberi statement. Kalau mahu lebih moden, pakai structured handbag kecil dan sunglasses besar. Percayalah, dirimu akan berjalan masuk majlis macam watak utama dalam cerita sendiri.
Outfit kedua pilihan saya adalah Ava in Champagne. Ava in Champagne adalah gaya yang buat orang berhenti sekejap untuk tengok.

Bukan sebab terlalu sarat, tapi sebab ia kelihatan effortless mahal. Materialnya premium matte satin silk, dengan top kaftan asymmetrical dan cape sleeves yang beralun. Ada diamond embellishments di bahagian dada dan pergelangan tangan yang memberi kilauan lembut.
Skirtnya pula kain pario segera dengan tujuh butang boleh dilaras. Free size dari XXS hingga XXL. Rekaan ini memberi ruang untuk tubuh wanita bernafas.
Untuk gayakan Ava, bayangkan selendang chiffon champagne atau nude pink dililit kemas dengan gaya clean drape. Biarkan neckline tinggi itu jadi fokus. Tambah anting-anting kristal yang kecil tetapi berkilau. Kasut? kasut bertumit tinggi nude atau metallic gold.
Kalau mahu nampak lebih editorial, cuba tali pinggang nipis emas di pinggang untuk define siluet. Atau biarkan sahaja beralun begitu, kerana kadang-kadang kelembutan itu sendiri sudah cukup kuat.
Di sinilah saya rasa fesyen tahun ini semakin menarik. Wanita semakin berani memilih apa yang memberi ketenangan, bukan sekadar pujian.
Jika ada pasangan, pilih yang memberi ketenangan, bukan drama, dan hiduplah seperti pakaian, perlu disusun dengan bijak. Wanita kuat bukanlah yang paling bising, tetapi tenang, berdiri teguh dan menghargai diri mereka.










