BAGI sesetengah orang, menghias rumah bersaiz sederhana atau kecil dengan tema hitam dan putih mungkin dianggap berisiko. Namun, bagi Tuan Nadia Farhana Tuan Ghazali, 35, pilihan tersebut menjadi kekuatan utama yang menjadikan kediamannya tampak lebih luas, kemas dan selesa didiami. Menurut Nadia, pemilihan tema hitam dan putih bukan dibuat secara kebetulan. Warna tersebut memang dekat di hati dia dan suami, selain menjadi penyelesaian paling sesuai untuk rumah jualan semula yang…










