Ada sesuatu tentang raya tahun ini yang terasa berbeza. Mungkin kita semua sudah penat berkejar dengan potongan ketat dan gaya yang menuntut. Tahun ini, kita mahu bernafas. Mahu bergerak bebas. Mahu rasa diri sendiri.
Sebab itu koleksi Senandika Raya 2026 dari jenama tempatan kaen.co terasa begitu kena di hati. Tema ‘Syawal ini, senandika jiwa menemukan pulangnya’ bukan sekadar ayat puitis. Ia benar-benar diterjemah dalam potongan, fabrik dan setiap sulaman halus yang dibuat dengan sabar.
Antara kegemaran saya, Kebarung Linen Mun in Meliora. Ini bukan sekadar kebarung. Ia seperti pelukan lembut yang tidak memaksa. Diperbuat daripada 100 peratus linen dengan jalur halus menegak, potongannya panjang dan relaks, dipadankan dengan instant pario yang longgar.

Pergerakan terasa ringan, tidak terikat, tidak sarat. Sulaman bunga di bahagian lengan dan sisi pula memberi sentuhan peribadi, seolah-olah setiap helaian ada ceritanya sendiri.
Ia sesuai untuk wanita yang menghargai siluet klasik tetapi mahu keselesaan moden. Tapi untuk rekaan ini, pastikan memakai inner ya.
Padankan dengan kasut bertumit rendah atau mules minimal untuk open house. Jika mahu lebih santai, sandal kulit pun sudah cukup manis.
Pilih beg anyaman atau beg tangan kecil berstruktur untuk seimbangkan potongan longgar. Rambut? Sanggul rendah atau dibiarkan jatuh natural pun cantik. Biarkan fabrik dan sulaman itu bercakap.
Satu lagi yang mencuri hati saya ialah rekaan Teh dalam Ocean Teal. Warna ini tenang dan kelihatan matang. Direka daripada cotton linen eksklusif, ia ringan dan bertekstur lembut.
Sulaman khas yang disiapkan dengan penuh teliti menjadikan setiap helaian terasa istimewa.

Dan ya, ia datang dengan selendang percuma yang sepadan. Tidak perlu pening memikirkan padanan. Rekaan Teh ini seperti wanita yang tidak perlu meninggikan suara untuk didengari. Anggun secara senyap.
Gunakan selendang percuma itu dengan gaya loose drape supaya nampak bersahaja. Tambahkan kerongsang klasik jika mahu sentuhan tradisi. Untuk malam raya, anting-anting emas kecil sudah cukup menaikkan seri tanpa mengganggu kehalusan sulaman.
Biarkan solekan kekal segar, kerana potongan ini memang bersinar dalam kesederhanaan. Dan terbaharu, bakal dilancarkan 26 Februari adalah Kebaya Suri. Bila pakai, rasa lembut, tenang dan selesa. Flowy, bernafas, dengan sulaman manis yang bergerak bersama setiap langkah. Ini adalah kebaya untuk wanita yang mahu kelihatan vintage, ayu tanpa rasa trying too hard.
Yang mahu duduk bersila di ruang tamu, bangun menyambut tetamu, berjalan ke dapur, semuanya tanpa perlu membetulkan kain setiap lima minit.
Jalur plaid yang halus menjadikan keseluruhan rekaan nampak berlapis dan hidup, bukan sekadar kain bercorak biasa. Kemudian, di bahagian tepi hadapan dan hujung kain, ada kemasan scallop yang membingkai siluet.

Perapian ini kecil, tetapi impaknya besar. Ia memberi sentuhan feminin yang lembut tanpa nampak terlalu sarat.
Cadangan saya, padankan dengan kasut slingback atau kitten heels untuk siluet lembut. Dan percayalah, senyuman yakin itu aksesori paling cantik.
Apa yang saya paling suka tentang keseluruhan koleksi ini ialah keberaniannya untuk memilih keselesaan. Potongan longgar bukan bermakna tidak bergaya.
Ia memberi ruang untuk kita bergerak, ketawa, makan ketupat dua pinggan tanpa rasa bersalah.
Tahun ini, kita pilih pakaian yang bergerak bersama kita. Yang tidak tidak menghukum dirimu. Longgar, selesa dan unik.










