DELCY Rodriguez menjadi tumpuan media di seluruh dunia sejak minggu lalu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Interim Venezuela, tugas berat yang digalas ketika negara itu berdepan ketidaktentuan akibat penggulingan mengejutkan oleh Amerika Syarikat (AS). Kekosongan kuasa tercetus di Venezuela selepas Presidennya, Nicolas Maduro diculik dan dihadapkan ke mahkamah di New York untuk berdepan pertuduhan berkaitan jenayah dadah. Rodriguez, anak jati Caracas yang dilahirkan pada 18 Mei 1969 ini…









