Strawberi Strudel rangup memikat selera

Strawberi Strudel rangup memikat selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIDANGAN manisan berasaskan buah-buahan sentiasa menjadi pilihan ramai. Kali ini, Resepi Seri kongsikan Strawberi Strudel dengan pastri rangup, krim bertekstur lembut dan kesegaran strawberi.

BAHAN-BAHAN UTAMA:
Pastri filo
Krim keju
Krim putar
Strawberi segar
Mentega
Gula aising

CARA-CARA PENYEDIAAN:
Alas loyang dengan kertas pembakar dan letakkan pastri filo di atasnya.

Seterusnya, cucuk permukaan pastri mengguna garpu.

Sapukan mentega cair secara rata di atas pastri filo.

Masukan pastri filo ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 190°C selama tujuh hingga lapan minit sehingga garing.

Campurkan gula aising, keju krim dan krim putar ke dalam satu bekas untuk di jadikan inti di atas.

Pukul semua bahan inti tadi sehingga sebati dan berkrim.

Masukkan inti tadi ke dalam beg paip dan paipkan ke atas pastri filo yang sudah di masak.

Susun hirisan strawberi di atas inti.

Akhir sekali, taburkan gula ising secukupnya sebelum dihidangkan.

Tips : Untuk mendapatkan pastri filo yang rangup tanpa perlu menggoreng, gunakan air fryer sahaja.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN