BAGI seorang suri rumah, konsep hiasan dalaman kediaman tidak semestinya terikat kepada satu tema sahaja. Atas kesedaran itu, Nur Fatin Qurratu Aini Zainal memilih menggabungkan beberapa gaya hiasan mengikut kesesuaian ruang, sambil memastikan setiap sudut rumah mempunyai identiti dan karakter tersendiri. Nur Fatin Qurratu Aini Zainal bersama suami dan anak-anaknya. Di bahagian hadapan rumah, Fatin memilih konsep Paris moden yang menampilkan gaya ringkas, kemas dan elegan. Susunan perabot yang minimalis…










