Sejak kecil, aktiviti hujung minggunya diisi dengan menemani bapanya turun padang berjumpa rakyat atau menghadiri mesyuarat UMNO. Bagi anak tunggal ini, itulah momen berharga untuknya meluangkan masa bersama keluarga. Tanpa disedari, rutin tersebut membuka pintunya kepada dunia politik. Langkah awal Nurul Syazwani Noh, 38, bermula dengan aktiviti sukarelawan di kampus dan berterusan sehingga beliau bergelar peguam. Komitmen tinggi untuk membantu masyarakat kemudian mendorong puteri kepada bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO…










