MENJADI menantu perempuan bukan sekadar mengurus rumah tangga dan suami, tetapi juga belajar memahami ibu mentua. Ini terutamanya, ibu mentua yang baru sahaja kehilangan suami atau pasangan. Kehilangan itu meninggalkan kesan mendalam, rasa sunyi, takut ditinggalkan dan keperluan untuk terus disayangi dan diberi perhatian oleh anak-anak . Di sinilah menjadi ujian buat menantu perempuan. Ujian kesabaran, keikhlasan dan kebijaksanaan menguruskan emosi. Tidak mudah berada di tengah-tengah, mahu berlapang dada sebagai…










