PERCERAIAN tidak hanya berlaku dalam kalangan pasangan muda, atau yang setahun dua berkahwin malah turut terjadi pada usia senja. Hakikatnya, tempoh puluhan tahun hidup bersama tidak menjamin hubungan kekal bahagia. Minggu ini saya kongsikan pengalaman seorang anak, Reena (bukan nama sebenar) yang belajar memahami perpisahan ibu bapa di usia senja. Dalam pertemuan baru-baru ini, Reena berkata, pada awalnya adik-adiknya sukar menerima keputusan ibu bapa mereka untuk bercerai. Perasaan sedih, keliru,…










