Bagi seorang ibu tunggal, anak-anak bukan sahaja amanah, tetapi juga penguat semangat. Anak-anak menjadikan mereka kuat untuk terus berdiri dan meneruskan kehidupan tanpa kehadiran sosok seorang lelaki bergelar suami dan bapa. Walaupun hidup ibu tunggal penuh ujian, kesedihan dan terpaksa membesarkan anak-anak sendirian, mereka yakin setiap ujian dari Allah SWT ada hikmah di sebaliknya. Minggu ini, saya kongsikan kisah Noor (bukan nama sebenar), seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami dan…










