Hidangan Jepun yang satu ini sudah tidak asing lagi di Malaysia.
Mana tidaknya, gabungan nasi panas yang lembut dengan sos mentai berkrim dan sedikit aroma hangus memang membuka selera.
Kali ini, Seri kongsikan resipi Nasi Mentai mudah ala Jesrina Adny Mansor.
Resipi ini sangat sesuai bagi yang ingin menikmati rasa mewah gaya Jepun tanpa perlu keluar rumah. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN
(Hidangan untuk 4-5 orang)
400 gram beras sushi
50 gram cuka epal
35 gram gula (25 gram untuk sos, 10 gram untuk campur dalam cuka epal)
Secubit garam
300 gram mayonis
150 gram sos sriracha
8 sudu besar serbuk cili
16-20 ekor udang atau 200 gram ayam bahagian dada
Serbuk perasa
4 biji telur
8-12 keping rumpai laut kering.
Serbuk rumpai laut (pilihan)
CARA-CARA MEMASAK:
Nasi
Tanak beras seperti biasa
Campur dan gaul bersama cuka epal, garam dan gula dalam satu mangkuk
Tuangkan campuran cuka epal, garam dan gula ke dalam nasi yang sudah dimasak
Gaul sehingga sebati
Biarkan nasi sejuk
Sos mentai
Campurkan mayonis, sos sriracha, serbuk cili dan gula
Gaul sehingga sebati
Udang atau ayam
Rebus udang yang telah dibersihkan sehingga masak
Kupas kulit udang dan salut dengan sedikit serbuk perasa
Perap ayam dengan serbuk perasa selama 30 minit
Bakar ayam selama 8-12 minit
Potong ayam menjadi kecil
Telur
Pukul sebiji telur di dalam mangkuk
Goreng telur yang telah dipukul dengan nipis
Gulung telur dadar
Potong telur dadar
Ulang untuk tiga biji telur yang lain
Langkah terakhir:
Letakkan nasi di dalam mangkuk aluminium foil
Tekan sedikit nasi sehingga agak padat
Letakkan dua keping rumpai laut kering
Letakkan udang atau ayam
Letakkan sos mentai
Bakar sos mentai dengan flame gun sehingga warna menjadi jingga keperangan (Jika guna ketuhar, bakar pada suhu 200-220°c selama 5 hingga 7 minit)
Letakkan telur dadar gulung
Taburkan serbuk seaweed atau helaian seaweed yang dipotong halus-UTUSAN










