Wanita ini antara sosok yang paling digeruni di kamar mahkamah suatu ketika dahulu. Di situ, Tan Sri Hasnah Mohamed Hashim tampak tegas, sukar didekati dan sedikit menakutkan bagi yang pertama kali berdepan dengannya. Namun, pertemuan saya bersama beliau baru-baru ini membongkar sisi lain yang jauh lebih mesra dan menawan. Bekas Ketua Hakim Malaya ini memiliki wajah manis dengan senyuman yang sentiasa mekar di bibir. Ketegasan yang terkenal itu bukanlah dibuat-buat,…










