Melihat ke kediaman teres setingkat ini terasa aura tenang dan lapang menyambut setiap tetamu. Kediaman milik pasangan Mohd. Noorazlanshah Abu Bakar dan Siti Hajar Abdul Rahman ini diolah dengan begitu teliti untuk memaksimumkan setiap ruang, tanpa mengorbankan gaya mahupun keselesaan. Konsep yang menjadi nadi utama kediaman ini ialah moden dengan sentuhan Scandinavian, yang menekankan kesederhanaan, ketenangan dan fungsi. “Kami memilih konsep ini kerana kami sukakan ruang yang kelihatan lapang walaupun…










