SEJAK kecil, wanita ini gemar memerhati ibunya menyusun jambangan bunga di dalam pasu, menukar langsir menjelang Aidilfitri dan menggilap pinggan bercorak flora. Semua rutin itu begitu indah di mata Nur Aainaa Rusli, 31, dan tanpa sedar dia turut menirunya. Bermula dengan hanya mengalih pasu, membetulkan alas meja hinggalah menyusun bingkai gambar kecil, minatnya terhadap dekorasi rumah perlahan-lahan berkembang. Daripada situ muncul rasa seronok setiap kali ruang bersatu dan kelihatan harmoni.…










