Suara Dr. Fauziah Mohd. Hasan tenang, tetapi sarat kekuatan. Beliau bukan sekadar Pakar Obstetrik dan Ginekologi di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, tetapi juga seorang aktivis kemanusiaan yang memilih jalan getir demi menegakkan keadilan dan menyuarakan suara yang sering ditindas. Sejak 2016, nama Dr. Fauziah sinonim dengan perjuangan global membebaskan Gaza melalui Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan gerakan amal khusus untuk wanita dan kanak-kanak di Palestin. “Saya sentiasa ingat ‘sumpah…










