Makna di sebalik perayaan Deepavali amat dekat di hati Komani Ganesan dalam menelusuri lembaran baharu hidupnya. Bagi Komani, Pesta Cahaya bukan sekadar tradisi turun-temurun tetapi simbol kekuatan untuk melangkah keluar dari bayang-bayang ketakutan dan keberanian untuk memilih jalan hidup yang benar-benar menggembirakan jiwanya. Disebabkan itu, beliau berani meninggalkan kerjaya sebagai ahli farmasi bergaji besar semata-mata demi menjadi seorang pembuat kek kecil-kecilan di rumah. Selama bertahun-tahun, wanita berusia 33 tahun ini…