Hidangan kambing cili hijau ini pastinya membuka selera dengan aroma rempah ratus dan rasa pedas yang seimbang. Keenakan daging kambing yang dimasak empuk bersama ramuan segar menjadikan sajian ini antara menu istimewa yang sesuai dihidangkan ketika sambutan Deepavali. Bahan penting seperti kas-kas dan gajus menghasilkan tekstur berkrim dan kaya dengan rasa. Jom cuba resipi perkongsian Ageela Nadesan ini. BAHAN PERAPAN (dikisar kecuali kambing, kunyit dan garam) 1/2 kilogram daging kambing…