Gaya kampus versi jalur

Gaya kampus versi jalur

corak jalur jadikan penampilan tampak lebih muda dan segar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bayangkan suasana kampus yang tenang dengan pokok rendang, bangku kayu lama dan buku-buku bertimbun di tangan.

Di tengah-tengah pemandangan itu, seorang wanita melangkah penuh yakin dengan gaya preppy yang nampak ringkas tetapi bergaya. Inilah kuasa corak berjalur (stripes).

Sejak Coco Chanel memperkenalkan Breton stripes pada awal abad ke-20, corak ini tidak pernah hilang daripada dunia fesyen.

Corak jalur bukan sekadar garis pada fabrik tetapi bahasa visual yang membawa maksud keyakinan, intelektual dan gaya yang malar segar.

Sebab itu, ia sering dikaitkan dengan look preppy dan collegiate yang membuatkan kita teringat akan suasana universiti luar negara.

Minggu ini, ingin saya bicarakan tentang koleksi Basic Stripes daripada jenama tempatan, Asly.

Koleksi ini bukti sesuatu yang nampak ringkas boleh jadi luar biasa apabila kena dengan gaya.

Corak jalur mereka bukan setakat cantik di mata tetapi menjadi pernyataan gaya yang membuatkan anda kelihatan kemas dan bergaya tanpa kelihatan terlalu mencuba.

Preppy style ini memang sesuai untuk semua wanita, sama ada masih belajar, bekerja atau sekadar hendak nampak kemas semasa keluar dengan kawan-kawan.

Antara kegemaran saya ialah ‘Basics’ Stripes In Pink Long Sleeve.

Diperbuat daripada fabrik campuran kapas rajut yang lembut dan selesa, baju ini ada perincian logo sulaman dan label kecil Asly di bahagian bawah.

Warna merah jambu yang lembut ini memang manis dan mudah dipadankan. Cara paling saya suka untuk menggayakanya ialah suai padan dengan kemeja putih di dalam, biar kolar terkeluar sikit dan padankan dengan skirt labuh A-line.

Terus dapat gaya preppy yang manis tetapi tetap ada aura keyakinan. Macam baru keluar dari perpustakaan universiti dan bersedia menawan dunia.

Satu lagi pilihan yang saya suka ialah ‘Basics’ Stripes Knitted Cardigan. Cardigan ini dibuat daripada campuran rayon, polyester dan nylon dengan zip dua hala yang praktikal. Boleh zip penuh kalau ingin gaya lebih formal atau buka separuh untuk gaya santai.

Padankan dengan seluar tailored high waist atau denim potongan lurus dengan loafers klasik. Terus dapat aura collegiate chic, macam baru habis kelas debat dan lepak di kafe kampus.

Lebih menarik, corak jalur ialah ia sangat senang digayakan. Tidak perlu banyak usaha pun sudah nampak bergaya. Asly berjaya buat corak jalur jadi lebih serba guna dan selesa untuk gaya harian.

Ia bukan sekadar baju bergaris tetapi pelaburan gaya.

Preppy look dengan corak jalur ini bukan tentang ikut gaya Ivy League semata-mata tetapi menjadikan ia versi sendiri. Lebih segar dan menonjol. Jadi, bila koleksi pakaian rasa hambar, ingat satu perkara.

Kadang-kadang satu helai baju berjalur sahaja sudah cukup untuk buat anda rasa macam watak utama dalam cerita sendiri. Sarung dan biar dunia nampak sisi pintar dan playful anda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×