MERENTASI Lingkaran Artik dari Lapland ke Taman Negara Abisko di utara Sweden menjadi antara pengalaman terindah dalam hidupnya. Itulah kali pertama Nurul Syazana Hanapi, 38, menyertai ekspedisi trekking di Eropah. Perjalanan sejauh 110 kilometer pada 11 hingga 16 Ogos 2023 itu turut menuntutnya ‘tinggal’ di tengah hutan selama enam hari penuh cabaran. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang sukar diduga, meskipun ketika itu musim panas. Ada masanya angin dingin bertiup…