Hidupnya dahulu sederhana, tidak mewah tetapi penuh kebahagiaan. Mahaniza Mohamad dan suami, kedua-duanya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran, saling menyokong dan berkongsi impian. Tiba-tiba, hidupnya berubah sekelip mata. Daripada riang dan penuh harapan, Mahaniza yang mesra disapa Kak Zah ini diuji dengan dugaan yang mencabar jiwa dan raga. Suaminya, Muhammad Farhan Sedik, 43, lumpuh akibat strok, anak sulungnya pula terpaksa menjalani pembedahan kepala selepas kemalangan tragis. “Suami saya tidak…