Bagi segelintir individu, sisa atau lebihan bahan lazimnya dianggap tidak berguna dan hanya berakhir di tong sampah Berbeza bagi Nurul Hidayah Adnan, 30, yang mengolah bahan buangan tersebut menjadi karya seni akrilik unik dan berwarna-warni. Idea itu tercetus semasa pereka grafik bebas dan artis media campuran ini menyertai pameran seni di pusat komuniti kreatif di Bukit Bintang, pada tahun lalu. Platform pameran debut itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengendalikan bengkel pembuatan…