Deretan kereta kecil tersusun rapi pada dinding ruang tamu kediamannya, seolah-olah menjadi kertas dinding yang hidup. Bukan sekadar memenuhi satu bahagian, malah merebak hingga ke dua sisi lain. Di sebuah bilik khas pula, ribuan kereta miniatur itu tersusun indah pada dinding dan rak kaca, bagaikan kedai permainan jenama ikonik, Hot Wheels. Setiap satunya berwarna-warni, berkilauan dengan model yang pelbagai. Daripada lori, motosikal, van dairy delivery dan kereta klasik serta premium…










