Boba pintar, mudah mesra dengan tetamu

Boba pintar, mudah mesra dengan tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPINTARAN rakun mendorong seorang pemuda nekad menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Khaidin Khalid, 19, berkata, kepintaran itu sekali gus menjadikan Boba mudah untuk dijaga dan dilatih.

Malah, katanya, rasa ingin tahu haiwan betina berusia empat bulan itu juga sangat tinggi.

“Saya tidak sangka rakun sebenarnya lebih mudah diajar berbanding haiwan peliharaan lain seperti kucing,.

“Dengan latihan konsisten sejak dari awal, kini Boba sudah faham rutin hariannya,” katanya.

Selain Boba, dia juga memiliki dua lagi rakun.

Menceritakan gelagat haiwan itu, katanya, Boba sebelum ini pernah menggeledah laci dan cuba ‘mencuri’ stokin.

Apabila dimarahi, haiwan itu berpura-pura tidur seolah-olah tidak bersalah.

Paling mencuit hati Khaidin ialah gaya tidur haiwan itu yang aneh.

“Ia tidur tergantung bak kelawar, lantas membuatkan sesiapa yang memandang rasa terhibur,” katanya.


Mudah mesra
Ciri-ciri lain Boba ialah tidak takut bila didekati dan didukung.

Haiwan ini mudah mesra dengan sesiapa sahaja termasuk yang pertama kali bertemunya.

Buktinya, Boba yang akan mendekati tetamu yang berkunjung ke kediamannya.

“Dengan sikapnya mesra dan bijak itu, secara tidak langsung buat sanak saudara serta kawan-kawan gemar datang ke rumah.

“Boba akan sentiasa mencari ruang untuk memeluk tangan, menempel di pangkuan mahupun cuba duduk berdekatan saya bila dilepaskan dari sangkar,” katanya.

“Kalau saya berpura-pura tidak peduli, ia sedaya-upaya cuba mengekori saya seolah-olah mahukan perhatian,” katanya.

 

Kekalkan konsep semula jadi
Khaidin memastikan sangkar Boba dihias mengikut konsep habitat semula jadi haiwan tersebut.

Setiap bucu sangkar disediakan ranting kayu, tali gantung dan ruangan untuk dijadikan sebagai tempat bersembunyi.

Selain itu, beberapa tumbuhan tiruan dan elemen-elemen kayu turut diletakkan bagi menghidupkan suasana hutan kecil.

Pencahayaan sinaran ultraviolet B (UVB) turut digunakan bagi memastikan kesihatan tulang dan emosi Boba kekal baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×