PERTAMA kali menjejakkan kaki ke sini, saya sudah jatuh cinta pada Guam, sebuah pulau di bawah pentadbiran Amerika Syarikat (AS). Guam yang sebelum ini hanya dikenali daripada nama, hakikatnya mempunyai keistimewaan sendiri untuk dilawati. Apatah lagi dengan kedudukannya yang boleh dikatakan tidak terlalu jauh dari Malaysia dan tanpa memerlukan visa sebagaimana di kawasan lain di AS. Penerbangan dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat Philippines Airlines mengambil masa selama lapan jam iaitu…










