Saat menjengah ke kediaman milik pasangan Shasha Rusley dan Afiq Baharudin ini , ketenangan serta-merta menyapa mata dan jiwa. Berkonsepkan moden organik dengan sentuhan Korean Chic , rumah ini memaparkan gabungan warna semula jadi yang menenangkan dan elemen moden yang mencuri perhatian. “Konsep ini dipilih kerana kami mahu suasana rumah yang sentiasa kelihatan segar dan tenang, tidak lapuk ditelan zaman,” ujar Shasha. Rona-rona tanah seperti putih dan coklat dipadankan dengan warna hitam dan emas sebagai kontra, menjadikan ruang tampil feminin namun moden dan seimbang. Ruang dapur mengetengahkan elemen hitam moden.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya